Sanusi: PAS atur langkah ambil alih Perak dan Pahang
MUKTAMAR | PAS kini mengatur langkah untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak dan Pahang, kata pengarah pilihan raya parti itu Muhammad Sanusi Md Nor.
Menteri besar Kedah itu berkata bahawa ini adalah untuk membawa PAS ke tahap seterusnya.
“Selain dari empat negeri (yang ditadbir PAS), PAS mesti merangka di semua negeri bagaimana dapat mengorak langkah ke hadapan untuk sampai ke next level (tahap berikutnya).
"Untuk (PAS) menguasai sekurang-kurangnya satu lagi negeri sama ada Perak atau Pahang.
"Kalau Perak tak dapat, kita pergi (tawan) Pahang.
"Kalau dapat dua-dua negeri ini lagi baguih untuk meningkatkan lagi jumlah kerusi PAS di parlimen dan DUN," katanya kepada perwakilan pada Muktamar PAS di Shah Alam pagi ini.
PAS kini memerintah negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Pada Ogos, Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mendakwa terdapat percubaan PN untuk 'memikat' empat Adun kerajaan negeri supaya berpaling tadah dan mengambil alih Perak.
Sumber telah terlebih dahulu memaklumkan Malaysiakini mengenai percubaan merampas Perak sebelum Saarani mengadakan sidang akhbar mengenainya, mendakwa rancangan serupa juga sedang berjalan di Pahang.
Bagaimanapun, spekulasi mengatakan pakatan pembangkang sedang menunggu untuk melihat keputusan pilihan raya kecil Pelangai, yang diadakan awal bulan ini, sebelum mengatur langkah seterusnya.
BN menang Pelangai dengan meraih 62.37 peratus undi, tetapi ini tidak mematahkan semangat PN.
Selepas PRK Pelangai, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata gabungan politik itu menunjukkan prestasi yang lebih baik pada pilihan raya kecil tersebut berbanding keputusan pada pilihan raya umum ke-15.
Sementara itu, Sanusi pada ucapan penggulungannya di muktamar PAS hari ini juga berkata partinya mesti menghapuskan "strategi tradisional" dan mempelbagaikan langkah politiknya untuk menarik sokongan pengundi muda.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai