Skip to main
Logo Malaysiakini

Syarat pindah kemudahan retak dan larut lesap Lynas ditarik balik

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Syarikat Lynas tidak lagi perlu memindahkan kemudahan retak dan larut lesap mereka yang kini berada di Gebeng, Kuantan, mengikut terma baru yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Ia merupakan perubahan besar yang terkandung dalam terma yang diberikan kepada syarikat terbabit ekoran semakan semula syarat pelesenan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)

Kemudahan retak dan larut lesa itu menghasilkan sisa penulenan lesap air (WLP) radioaktif dan sebelum ini dikehendaki dibawa keluar dari Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata Lynas diberikan syarat agar memastikan tahap keradioaktifan sisa WLP mereka di bawah 1 Bq/g melalui program penyelidikan dan pembangunan yang diketuai oleh pakar tempatan.

Istilah Bq merujuk kepada becquerel iaitu unit untuk mengukur tahap radioaktiviti.

Pada Feb lalu AELB bersetuju untuk memperbaharui lesen operasi Lynas untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 3 Mac.

Bagaimanapun, kelulusan tersebut tertakluk kepada beberapa syarat termasuk memindahkan semula kemudahan keretakan dan larut lesap ke luar negara.

[Baca berita penuh]