Skip to main
Logo Malaysiakini

Peguam kes i-Serve, MYAirline dibebas dengan jaminan polis

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Seorang peguam sebuah syarikat pelaburan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline telah dibebaskan dengan jaminan polis, pada Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata lelaki berumur 62 tahun itu telah dibebaskan pada 9 malam di Balai Polis Pudu di Kuala Lumpur.

Ramli dalam kenyataan hari ini berkata peguam itu akan dipanggil semula untuk menyambung rakaman percakapan.

Pada 27 Okt, empat individu termasuk peguam itu telah ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kes syarikat pelaburan i-Serve dan dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan tambang rendah MYAirline dan masing-masing direman satu hingga empat hari.

Dia berkata kesemua suspek berkhidmat di syarikat i-Serve, dengan memegang jawatan pembantu kewangan, pengurus penyelidikan dan pembangunan (R&D), peguam dan pemegang saham.

Pada 17 Okt lepas, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’ serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

-Bernama