Skip to main
Logo Malaysiakini

Jangan tanya saya soal perpecahan, kata menteri perpaduan

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Menteri Perpaduan Aaron Ago Dagang enggan mengulas mengenai isu hangat berhubung Minggu Solidariti Palestin.

Dia berkata dia tidak akan melayan soalan sebegitu.

"Tanya perdana menteri. Saya perpaduan (menteri). Saya mahu perpaduan, bukan perpecahan.

“Kalau soal perpecahan, jangan tanya saya,” katanya ketika sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu Solidariti Palestin diadakan di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan lain mulai semalam hingga Jumaat ini.

Kementerian Pendidikan mewajarkan perkara ini sebagai perlu untuk menjelaskan kepada pelajar tentang konflik Palestin-Israel kerana ia sering muncul di media sosial.

Bagaimanapun, program itu - yang dikatakan tidak wajib - mendapat kritikan daripada pengkritik yang berpendapat bahawa konflik antarabangsa itu tidak harus dibawa ke sekolah.

Terdapat juga kebimbangan selepas beberapa gambar muncul minggu lalu - sebelum program solidariti kerajaan - memaparkann kanak-kanak sekolah yang memakai pakaian menyerupai pejuang Hamas, lengkap dengan senjata mainan.

Bagaimanapun, kerajaan telah bertindak untuk memastikan Minggu Solidariti Palestin tidak mempromosikan keganasan.