Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengakap bersihkan pantai Morib

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Melentur buluh biarlah daripada rebung.

Itulah yang cuba diterapkan oleh pasukan pengakap apabila menganjurkan gotong-royong membersihkan Pantai Morib di Banting, Selangor.

Seramai 120 anggota pasukan beruniform yang terdiri daripada pelajar sekolah dari Petaling Perdana digerakkan dalam acara Sabtu lalu.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Petaling Perdana, Dason Yeoh berkata pengakap-pengakap itu menghabiskan masa dua jam untuk mengutip sampah dan membersihkan kawasan itu.

 “Sampah-sampah yang mereka kumpulkan ini seterusnya akan dibuang di tong-tong sampah berwarna biru yang berada berdekatan pantai,” katanya.

Program itu bersifat santai dan tiada jumlah berat sampah disasarkan.

Program itu juga bertujuan memenuhi keperluan lencana perkhidmatan pengakap yang memerlukan anggotanya berkhidmat selama 12 jam bagi pengakap muda dan 24 jam bagi pengakap remaja.

Perkhidmatan itu melibatkan gabungan 10 buah sekolah di daerah Petaling Perdana. 

embedded code: