Ketua pegawai kewangan MSM diarah cuti sementara
Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Dr Mazatul ‘Aini Shahar Abdul Malek Shahar diarah bercuti berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 15 Disember 2023 atau sehingga notis selanjutnya daripada lembaga pengarah.
MSM dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata “garden leave” atau cuti sementara Mazatul ‘Aini Shahar itu adalah perlu untuk memudahkan siasatan dalaman yang sedang dijalankan.
“MSM akan meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa. Pengumuman selanjutnya akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan material mengenai perkara ini," katanya.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai