Cip kasino lebih RM4.6 juta dicuri di Genting Highlands
Artikel ini sudah setahun diterbitkan
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Bentong dipecah masuk dan cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta telah dicuri.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berkenaan daripada pihak pengurusan keselamatan kasino terbabit sekitar 6.30 petang pada 28 Okt.
“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong masih meneruskan siasatan dan mengesan suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai