Skip to main
Logo Malaysiakini

MP Maran masuk IJN

Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan

PARLIMEN | Ahli Parlimen Maran Ismail Muttalib telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini.

Johari memberitahu parlimen pagi ini bahawa Ismail sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Jantung (ICCU) hospital itu.

"Sebelum saya memulakan (sesi) Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di Intensive Cardiac Care Unit (ICCU), IJN.

“Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati.

“Namun, doa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh segera," katanya.

Bagaimanapun, Johari tidak menjelaskan lanjut keadaan kesihatan ahli parlimen PN itu.