MA63: Proses S'wak ambil alih Pelabuhan Bintulu selesai Julai 2024
Proses mengambil alih Pelabuhan Bintulu daripada kerajaan Persekutuan dijangkakan selesai menjelang Julai 2024.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Majang Renggi berkata kerajaan negeri dalam proses untuk menyediakan peruntukan undang-undang dan libat urus lain yang diperlukan bagi pengambilalihan pelabuhan itu.
"Kerajaan Sarawak mempertahankan hasratnya untuk mengambil alih Pelabuhan Bintulu bagi mengembalikan haknya seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Pelabuhan Pintulu adalah pelabuhan Persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT).
"Pelabuhan Persekutuan yang penting ini memainkan peranan strategik dan menjadi aset untuk melengkapkan ekosistem ekonomi Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Johnny Pang Leong Ming (GPS-Tanjong Batu) ketika sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching hari ini.
Menurut Majang penyerahan pelabuhan itu melibatkan perubahan pentadbiran daripada kerajaan Persekutuan dan peralihan itu tidak akan menjejaskan operasinya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata kerajaan Persekutuan sedang berunding untuk menyerahkan Pelabuhan Bintulu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai