Skip to main
Logo Malaysiakini

MP jadi askar pelapis: Takut ada banyak PRK nanti, seloroh Mat Hasan

Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan

PARLIMEN | Isu penyertaan orang bukan Melayu dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini. oleh RSN Rayer (PH-Jelutong)

Rayer pada mulanya bertanya kepada Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkenaan penyertaan bukan Melayu dalam ketenteraan, dan malah mencadangkan agar ahli Parlimen mejadi askar pelapis sebagai antara usaha menarik penyertaan mereka.

"Mungkin saya boleh cadangkan sebagai permulaan ahli-ahli Parlimen boleh menjadi pelapis tentera, cara untuk kita menyemarakan lagi semangat Malaysia dan semangat patriotisme," katanya.

Mengulas cadangan itu, Mohamad berkata dia setuju dengan cadangan tersebut namun berseloroh ia berisiko mencetuskan lebih banyak pilihan raya kecil (PRK).

"Saya setuju ahli Parlimen jadi askar pelapis, tapi saya takut banyak kena ada PRK," kata Mohamad disambut ketawa ahli Parlimen lain di dewan.

RSN Rayer

Mengulas lanjut, Mohamad berkata penyertaan orang bukan Melayu dalam ketenteraan pada masa ini masih kurang, walaupun pelbagai usaha dilakukan.

"Pengambilan untuk anggota tentera kita tidak ada kuota. Kita tak pernah letak kouta apa-apa.

"Bahkan ini fokus kementerian saya sekarang - bagaimana nak menggamit seramai mungkin anak-anak Malaysia daripada kaum bukan Bumiputera untuk menyertai angkatan tentera Malaysia, laut, darat ataupun udara," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan.

Mohamad turut menyentuh isu penyelerasan pencen veteran tentera yang akan disemak bersama Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSP).

Katanya itu tersebut telah banyak kali dibawa dalam mesyuarat Kabinet.

"Saya nak jamin tak boleh...besar kemungkinanan dalam (kajian) skim saraan penjawat, penyelerasan pencen veteran akan dibuat juga. Berapa banyak saya tak boleh cakap," katanya lagi.