Skip to main
Logo Malaysiakini

China kecualikan visa untuk 6 negara termasuk Malaysia

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

China melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara lain mulai 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.

Negara lain, termasuk Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol, menurut Xinhua memetik kenyataan Kementerian Luar China di media sosial.

Sepanjang tempoh itu, pemegang pasport biasa dari enam negara berkenaan boleh memasuki China tanpa visa untuk urusan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan, serta transit tidak lebih dari 15 hari.

Bagaimanapun, rakyat dari enam negara itu yang tidak memenuhi syarat pengecualian visa masih perlu mendapatkan visa sebelum memasuki China, menurut kenyataan itu.

Dasar ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan pertukaran sesama rakyat.

-Bernama