Skip to main
Logo Malaysiakini

'Reformasi perkhidmatan awam tak popular tapi amat diperlukan'

Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

WAWANCARA | Terlibat dalam demonstrasi bantahan kilang nadir bumi Lynas dan penyelewengan kerajaan Najib Razak, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung bersimpati dengan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak sabar untuk melihat pembaharuan berlaku.

Lee, kini dalam tahun pertama sebagai ahli parlimen sebelum ini telah berkhidmat selama dua penggal dalam sidang DUN Pahang mewakili Semambu.

Dalam tempoh tersebut dia memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Sekolah Dasar Pentadbiran Awam Lee Kuan Yew, Universiti Kebangsaan Singapura.

Bercakap kepada Malaysiakini, dia mendesak reformasi menyeluruh dibuat oleh pentadbiran kerajaan sekarang.

Walaupun ia satu tindakan yang tidak popular, namun, katanya, reformasi perkhidmatan awam adalah kunci utama dalam mengubah landskap pentadbiran negara.

"Memang bagus dapat mencapai kestabilan dalam lima tahun terakhir ini, walaupun ini kerajaan yang merangkumi pelbagai parti, reformasi tidak akan diabaikan sepenuhnya. Kita masih meletakkan harapan tinggi, walaupun mungkin perlu bermula dengan sasaran yang rendah," katanya.

"Bagi saya, kerajaan perpaduan ini stabil tetapi ia meminggirkan beberapa aspirasi yang kita sasar sebelum ini, dan kadar reformasi berjalan sangat perlahan. Konsensus dalam PKR mudah, dalam PH agak sukar, apatah lagi dalam kerajaan yang mempunyai banyak gabungan, berhadapan dengan pembangkang yang memainkan isu perkauman dan agama demi keuntungan politik," tambah Lee.

Lee berkata salah satu perkara asas yang perlu diatasi ialah reformasi dalam perkhidmatan awam.

"Saya tidak bermaksud mengurangkan perjawatan, tetapi manusia berorientasikan pembangunan. Kita mempunyai struktur kuno yang tidak mampu beradaptasi seiring perubahan zaman, keperluan, dan teknologi. Kita memerlukan sistem penilaian yang lebih baik dan menempatkan pekerja mengikut kekuatan dan kemampuan mereka. Lebih banyak program latihan semula dan peningkatan kemahiran diperlukan,” katanya.

Dia yang juga pengarah komunikasi PKR berkata, Malaysia perlu memandang perkara ini dengan lebih serius, kerana perkhidmatan awam negara akan tidak berfungsi jika ia tidak diubah.

"Kita perlu belajar daripada kerajaan dan syarikat yang mempunyai model lebih fleksibel," soal Lee.

Masih di landasan betul

Dia mengingatkan pengundi bahawa kerajaan sedang perlahan-lahan menuju ke arah pelbagai perubahan besar.

"Kita baru sahaja meluluskan pindaan pada Akta Suhakam, dengan memberikan badan itu lebih banyak kuasa. Kita juga akan melaksanakan dasar gaji progresif dan sebelum ini, kita berusaha untuk menghapuskan hukuman mati sebagai hukuman mandatori.

“Keseluruhan pelaksanaan ini adalah satu daripada beberapa tindakan berani yang telah diambil," kata Lee yang turut mencadangkan undang-undang bagi menangani ucapan kebencian.

Lee turut menyentuh cabaran dihadapi penduduk Orang Asli di Pahang dan berharap agar isu tersebut diberi perhatian serta Akta Orang asli 1954 dikaji semula.

Lee menyifatkan isu rampasan tanah yang berlaku ke atas komuniti itu lebih teruk jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Sarawak.

Lee berkata sebagai penduduk asal Pahang dan bekas wakil rakyat di sana, dia sedar akan cabaran dihadapi penduduk Orang Asli yang perlu diberi perhatian dalam mengkaji semula Akta Orang Asli 1954.

Dia juga berkata bahawa pentadbiran sedar akan seruan untuk pelbagai reformasi institusi seperti pemisahan peranan peguam negara dan pendakwa raya, pilihan raya pecat, perwakilan berkadar, pilihan raya majlis tempatan, dan penghapusan undang-undang draconian seperti Akta Hasutan dan Sosma.

[Baca wawancara penuh di sini]