Nak pelancong ramai ke Kedah? Sanusi jaga mulut - Tiong
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Tiong King Sing menasihatkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor supaya menjaga tutur kata supaya tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri itu.
“Jika (Sanusi) mahu lebih ramai pelancong datang ke Kedah, apa yang penting beliau perlu jaga kata-katanya.
"Kalau tidak, beliau hanya akan memburukkan keadaan, dan (ini) tidak akan menguntungkannya,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Tiong memetik kenyataan Sanusi baru-baru ini terhadap pemakaian pelancong yang “semakin telanjang” yang diumpamakannya sebagai binatang.
Dia juga menyifatkan serangan dan penghinaan pengarah pilihan raya PAS terhadapnya sebagai "taktik politik" semata-mata.
Ahli Parlimen Bintulu itu berkata demikian ketika ditanya jika dia akan menuntut permohonan maaf daripada Sanusi atas penghinaan terbaru MB Kedah terhadapnya.
Jumaat lalu, perang mulut antara Tiong dan Sanusi bertukar buruk dengan kedua-dua pihak saling melemparkan kata-kata hinaan.
Tiong pada masa itu menyoal jika otak Sanusi "masuk air" dua hari selepas Sanusi menuduh menteri berkenaan kelihatan seperti “tokong berkepala botak dan berperut buncit.”
Sanusi juga sebelum ini menuduh Tiong melancarkan kempen negatif terhadap Langkawi.
Malah, Sanusi juga yang terkenal dengan cakap lepasnya itu turut mengejek Tiong dengan berkata “muka tak ada tarikan pelancongan langsung”.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai