Majlis Keselamatan PBB tangguh undian gesa akses bantuan ke Gaza
Majlis Keselamatan PBB memutuskan menangguhkan sehingga Selasa bagi sesi undian mengenai draf resolusi yang menggesa agar serangan di Gaza dihentikan untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan
Negara-negara anggota belum mencapai persetujuan mengenai draf resolusi berkenaan yang dijadual diundi pada lewat Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik sumber PBB.
Teks itu dirangka oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE), menegaskan semula bahawa semua pihak yang terlibat dalam konflik mesti mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.
Ia juga meminta agar mekanisme pemantauan PBB dilaksanakan dengan segera.
Teks itu juga mengutuk semua pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk serangan terhadap orang awam serta menyeru pembebasan "segera dan tanpa syarat" semua tebusan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai