PM harap Krismas bawa kedamaian dan perpaduan pada negara
Kebersamaan seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi, perdana menteri berkata sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.
“Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.
"Semoga sambutan Krismas tahun ini terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023.
Hari Krismas disambut pada 25 Dis setiap tahun oleh penganut Kristian.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai