Mengiklan makanan halal tanpa sijil satu kesalahan - Jakim
Mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang adalah disarankan supaya memiliki SHPM.
Beliau berkata pengusaha yang merancang menyediakan perkhidmatan Bufet Ramadan namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin sama ada di JAKIM atau jabatan mahupun Majlis Agama Islam negeri.
"JAKIM bersedia untuk membantu pengusaha bagi mendapatkan SPHM," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal JAKIM di talian 03-8892 5000 atau e-mel kepada [email protected].
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai