Misi angkasa pertama India bagi kaji matahari sampai ke destinasi
GLOBAL | Misi angkasa lepas pertama India untuk mengkaji matahari telah sampai ke destinasinya, lapor Agensi Anadolu.
Perdana Menteri Narendra Modi berkata negara itu mencipta "satu lagi kejayaan," ketika balai cerap solar pertama India Aditya-L1 sampai ke destinasinya.
“Ia adalah bukti dedikasi tanpa henti para saintis kami dalam merealisasikan misi angkasa yang paling kompleks dan rumit.
"Saya dan seluruh negara memuji pencapaian luar biasa ini.
"Kami akan terus mengejar sempadan baharu sains untuk manfaat manusia," menurut Modi menerusi hantaran di platform X.
Misi itu ialah balai cerap angkasa India pertama yang mengkaji matahari dari orbit halo mengelilingi titik Lagrangian (L1) yang terletak kira-kira 1.5 juta kilometer ((930,000 batu) dari Bumi, menurut Organisasi Penyelidikan Angkasa India.
Kapal angkasa Aditya-L1 dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota selatan India pada 2 Sept dan menjalani fasa pelayaran selama kira-kira 110 hari sebelum mencapai kedudukan yang disasarkan pada 6 Jan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai