Skip to main
Logo Malaysiakini

Najib mohon kerajaan larang tayang dokumentari 1MDB di Netflix

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

BICARA 1MDB l Najib Razak memohon kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini.

Menurut bekas perdana menteri itu, dokumentari berkenaan sebagai menghina dan subjudis terhadap perbicaraan rasuah 1MDB yang sedang berlangsung membabitkan penyelewengan nilai RM2.27 bilion membabitkan dirinya.

Peguam bela utama tertuduh, Muhammad Shafee Abdullah pagi ini juga memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Najib akan memfailkan permohonan menghina mahkamah dan saman fitnah terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas dan pengasas Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, yang ditemu bual dalam dokumentari tersebut.

"Program itu sangat subjudis dan menghina," kata Shafee ketika menyampaikan aduan Najib kepada hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.

Man on the Run ialah dokumentari yang diarahkan, ditulis dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim. Ia berkisar mengenai skandal 1MDB, yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.

Ia turut memaparkan temubual Najib yang menafikan pembabitan dalam skandal terbabit, selain temu bual dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Peguam itu mendakwa bahawa semasa program hampir dua jam berkenaan, Thomas dan Rewcastle-Brown membuat kenyataan yang membayangkan penglibatan Najib dalam kes 1MDB, yang menjadi subjek perbicaraan sekarang melibatkan empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Selepas memetik beberapa kenyataan lain yang didakwa sub-judis oleh beberapa individu lain yang diwawancara, peguam itu memberitahu mahkamah dia perlu berhenti kerana menyebut setiap kenyataan yang didakwa menghina akan mengambil masa sepanjang hari.

Shafee kemudian menggesa timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib - yang merupakan sebahagian daripada pasukan pendakwaan 1MDB - untuk menonton dokumentari itu dan berunding dengan Peguam Negara semasa serta kementerian komunikasi, digital dan kementerian dalam negeri untuk "program ini tidak disiarkan di Netflix, yang boleh dilakukan mereka”.

Tommy Thomas bersama Najib

Akram kemudian memaklumkan Sequerah bahawa dia perlu menonton dokumentari itu terlebih dahulu dan kemudian berbincang dengan AG untuk tindakan seterusnya.

Shafee kemudian berkata bahawa jika Akram menonton dokumentari itu, "dia akan terkejut".

[Baca berita penuh]