Hajiji: GRS tak terlibat apa-apa langkah jatuhkan k'jaan
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan sesekali menyertai mana-mana ‘langkah’ untuk menggulingkan kerajaan persekutuan semasa kerana ia akan membawa kepada kekacauan selain menjejaskan kestabilan negara.
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor yang juga ketua menteri Sabah berkata ketika ini negara memiliki kerajaan Madani yang berfungsi dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri itu.
“Jadi kenapa perlu mengucar-kacirkan keadaan? Kita bekerja demi kemakmuran negara dan rakyat, kami tidak menyokong sebarang langkah yang boleh menjejaskan kestabilan negara.
"Malaysia mengamalkan demokrasi, mereka yang bercita-cita menjadi perdana menteri perlu menunggu Pilihan Raya Umum untuk melihat sama ada rakyat menerima mereka," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Hajiji berkata GRS turut memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan yakin dengan kepimpinannya.
“Biarkanlah dia memimpin negara kita yang berbilang kaum ini ke arah kemakmuran,” katanya.
Justeru, Hajiji mempersoal motif dan niat pihak yang menganjurkan ‘Langkah Dubai’ sama ada mereka sekadar ingin memenuhi agenda politik semata-mata tanpa mengambil kira kesejahteraan rakyat.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai