Skip to main
Logo Malaysiakini

Daim mohon semakan kehakiman, perintah SPRM henti siasatan

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan lima anggota keluarganya telah memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Keenam-enam mereka serta Ilham Tower Sdn Bhd  memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, yang menyasarkan SPRM dan pendakwa raya sebagai responden pertama dan kedua.

Menurut salinan afidavit sokongan Daim, tindakan SPRM membingungkan, amat mengganggu, dan siasatan itu tidak mempunyai sebab munasabah.

Dia mendakwa bahawa SPRM tidak mendedahkan kepadanya jenis kesalahan yang dia disiasat sejak tahun lalu, kecuali dimaklumkan ia adalah mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Daim dan keluarganya mahu mahkamah membatalkan siasatan terhadap mereka, dan memohon pengisytiharan bahawa siasatan SPRM adalah tidak berperlembagaan.

Permohonan itu difailkan Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas.

Jika mahkamah memberikan kebenaran itu, Daim dan keluarga memohon perintah supaya SPRM dan pegawainya menghentikan semua siasatan yang dimulakan terhadap mereka sehingga kini, menurut Aturan 53 Kaedah 3(8) Kaedah-KaedahMahkamah, 2012.

[Baca berita penuh]