Skip to main
Logo Malaysiakini

Samakan PAS dengan Taliban satu kesilapan, kata Samsuri

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan parti itu amat memahami struktur masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian etnik serta agama.

"PAS merupakan parti yang sudah relevan serta boleh diterima oleh masyarakat dalam negara ini," katanya pada satu kenyataan di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Samsuri mengakui wujud persepsi yang menganggap PAS sebagai 'parti kampung' atau pelampau.

"Ada juga yang beranggapan PAS sebuah parti ekstremis dan mempunyai rasa prejudis lalu menyamakan PAS dengan parti Islam lain di dunia ini.

Gambar fail, Muktamar PAS ke-69 turut dihadiri pemimpin dan tokoh pembangkang.

"Ini 100 peratus tidak benar sama sekali," tegas menteri besar Terengganu itu.

Menurut ahli parlimen Kemaman, PAS mempunyai potensi untuk menjadi sebuah parti Islam yang moden.

"Menyamakan parti PAS dengan Taliban dan yang seumpamanya merupakan satu kesilapan.

"Kami amat memahami, untuk menjadikan negara kita negara yang terbaik, kita semua perlu bekerjasama sebagai warganegara Malaysia.

"PAS kini bukan lagi ‘parti kampung’ dan ianya sebenarnya lebih dari hanya sekadar parti.

“Kami sudah berada sejauh ini dan akan terus bergerak ke hadapan," jelasnya.