Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL
Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata operasi berkenaan sama seperti yang dijalankan di Jalan Silang pada Disember tahun lepas.
“Kita tahu warga asing banyak, sama ada yang mempunyai dokumen atau tidak. Secara umumnya kebanyakan mereka yang bekerja memilik dokumen.
“Kita tidak nafikan terdapat mereka yang tidak mempunyai dokumen iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin,” katanya ketika program jelajah mesra di Jalan Chow Kit malam tadi.
Allaudeen berkata program jelajah mesra di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib itu diadakan susulan beberapa laporan yang kurang baik menerusi media berkaitan lokasi berkenaan.
“Kita bawa rakan media pada malam ini bagi melihat sendiri keadaan di Jalan Chow Kit dan Lorong Haji Taib yang satu ketika dulu dikenali dengan aktiviti pelacuran, pondan dan dadah.
“Alhamdulillah, hari ini kita tengok kawasan ini jauh lebih baik berbanding 20 tahun lepas. Kita telah bersihkan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai