Skip to main
Logo Malaysiakini

ESEI FOTO | Wangkang dalam budaya Baba, Nyonya Melaka

Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan

Komuniti Baba dan Nyonya Melaka baru-baru ini beramai-ramai meraikan Perayaan Wangkang dengan mengarak replika kapal/tongkang gergasi.

Pada 11 Jan lalu replika itu dibawa oleh komuniti terbabit sejauh 9.5km.

Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Ronald Gan, berkata ritual itu bertujuan memanggil roh jahat supaya berkhidmat untuk Dewa Ong Yah agar kekacauan dapat dikurangkan, sekali gus membawa kesejahteraan kepada masyarakat.

Festival Wangkang diperkenalkan di Melaka oleh pedagang Hokkien dari China dan pertama kali diadakan pada 1854.

Menurut Gan, setakat ini sambutan perayaan itu sudah dibuat sebanyak tujuh kali iaitu pada 1919, 1933, 2001, 2012, 2021 dan 2024 dan sering berkait rapat dengan bencana, penyakit dan musibah.

Katanya perarakan Wangkang yang disenarai sebagai Warisan Tidak Ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) perlu diperluaskan supaya budaya Baba dan Nyonya itu dapat lebih didedahkan kepada generasi muda.

Penganut Buddha mengangkat keluar patung sebelum upacara membakar dimulakan
Lebih 3,000 oranng penganut Buddha menyertai perarakan Perayaan WangKang kali ini.
Satu daripada 43 kumpulan yang menyertai upacara perarakan.

Perarakan sejauh hampir 10km itu bermula pada jam 8.30 pagi dari Muzium Wangkang Melaka melalui Jalan Parameswara, Jalan Bukit Senjuang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Hang Tuah, Gajah Behrang, Om Kim Wee, dan berakhir di Jonker.

Antara penganutu Buddha yang berdoa ketika perarakan berlangsung

Upacara perarakan melepasi bangunan ikon Melaka

Pada sebelah malam, acara diteruskan dengan perarakan ke Pulau Melaka untuk upacara utama iaitu membakar replika kapal sebagai simbolik penghantaran roh-roh.

Penganut Buddha menunggu kapal Wangkang sebelum dibawa keluar

Sebahagian daripada 3,000 penganut Buddha yang menyertai perarakan

Sejurus sebelum upacara utama membakar replika kapal

Patugn dibakar sebagai simbolik mengikut kepercayaan penganut Buddha