Skip to main
Logo Malaysiakini

Isteri Daim ikrar lawan pertuduhan gagal dedah aset

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Na'imah Khalid, isteri kepada bekas menteri Daim Zainuddin, yang akan didakwa di mahkamah esok, berikrar untuk melawan pertuduhan terhadapnya.

Dalam satu kenyataan malam ini, dia berkata bahawa dia telah dimaklumkan bahawa dia akan didakwa kerana gagal mematuhi notis SPRM.

Ini berkaitan dengan notis untuk dia mendedahkan maklumat tentang aset.

Na'imah berkata dia dimaklumkan mengenai perkara ini apabila SPRM hadir di hospital tempat suaminya sedang dirawat.

"Saya meminta pertuduhan ditangguh hanya sehari kemudian pada hari Rabu selepas prosedur perubatan suami saya, tetapi ini ditolak.

“Mereka berkeras saya didakwa esok. Saya akan berada di mahkamah esok. Saya akan melawan tuduhan ini," katanya.

[Laporan penuh menyusul]