Skip to main
Logo Malaysiakini

'Biar mahkamah putuskan Najib mohon sekat filem Man on the Run'

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

Kementerian Komunikasi akan menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan permohonan Najib Razak untuk menurunkan dokumentari 'Man on the Run' daripada platform penstriman dalam talian Netflix, kata Fahmi Fadzil.

Bagaimanapun, menteri komunikasi menegaskan filem dokumentari mengenai skandal kewangan 1MDB telah berada di pawagam sejak Oktober tahun lalu tanpa sebarang aduan.

"Saya dapat nasihat daripada Peguam Negara dan penasihat undang-undang kementerian dan penasihat di SKMM.

"Rata-rata pandangan ketiga-tiga pihak ini selari dan selaras di mana secara faktanya filem tersebut telah ditayang di pawagam pada Oktober tahun lalu.

"Masa itu LPF telah beri kelulusan dan tidak berlaku apa-apa isu masa ditayangkan di khalayak umum pada Oktober lalu.

"Memandangkan ini satu perkara telah dizahirkan dalam mahkamah, maka kita perlu rujuk sebarang perkara kepada mahkamah.

“Kita tidak boleh dahului proses mahkamah," katanya.

Fahmi menjawab soalan media sekiranya kementerian telah memutuskan permohonan Najib yang meminta kerajaan menghentikan Netflix daripada meneruskan penyiaran dokumentari itu.

[Baca berita asal]