Mangsa pertama tanah runtuh Cameron Highlands berjaya dikeluarkan
Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley dekat Cameron Highlands, Pahang berjaya dikeluarkan pada 11.05 pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat lelaki warga Myanmar itu diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.
Dia berkata usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa di kawasan runtuhan masih diteruskan.
"Kawasan agak berbahaya, buat masa ini, kita tidak benarkan pihak media masuk sehingga keadaan selamat," katanya dan menambah kesemua mangsa merupakan pekerja asing.
Dalam kejadian 2.51 pagi tadi, seorang lelaki maut, manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands mengesahkan kesemua lima mangsa merupakan warga Myanmar berusia antara 25 hingga 56 tahun.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai