Skip to main
Logo Malaysiakini

Dilarang guna logo SSM untuk tawar pinjaman wang

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang menggunakan logo suruhanjaya itu tanpa kebenaran.

SSM dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan bahawa penggunaan logo suruhanjaya dikesan terdapat dalam beberapa iklan pinjaman wang di media sosial.

“Dimaklumkan SSM tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pinjaman wang untuk menggunakan logo SSM.

“Mana-mana pihak yang menggunakan logo SSM tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 54 Akta Cap Dagangan 2019,” menurut hantaran itu.

- Bernama