Skip to main
Logo Malaysiakini

PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan, kebijaksanaan Sultan Abdullah

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.

Perdana Menteri berkata keprihatinan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap kebajikan rakyat jelata juga melangkaui batasan biasa antara raja dengan rakyat.

“Bermula dengan ketidakstabilan dan simpang-siur politik yang berpanjangan, penularan serta hentakan pandemik COVID-19 dan kelesuan ekonomi silih berganti telah meletakkan negara dalam ketidaktentuan dan kegawatan.

“Namun Tuanku telah menyempurnakan amanah pemerintahan dengan sempurna melalui sifat-sifat yang merakyat serta istiqamah menyelami denyut nadi rakyat jelata dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan terus diutamakan dalam apa jua keadaan,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam Sembah Ucapan pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

- Bernama