Skip to main
Logo Malaysiakini

'Anwar dolak-dalik, tak usah tipu lawan rasuah'

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

Bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya berhenti berpura-pura memerangi rasuah.

Dia memetik keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) yang diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan pengurangan hukuman bekas perdana menteri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan

Dakwanya, di sebalik janji melaksanakan reformasi untuk negara, Anwar seolah-olah merestui perbuatan rasuah itu.

Bekas pemimpin DAP itu juga berkata tiada lagi harapan terhadap perdana menteri dalam memerangi rasuah.

“Dengan lebih sedikit daripada setahun memegang jawatan, Anwar telah menunjukkan warna sebenarnya.

“Dengan mengatakan bahawa dia (Anwar) tidak terlibat dalam keputusan mahkamah untuk memberikan DNAA kepada Zahid dan pengurangan hukuman terhadap Najib cuba untuk mengetepikan penglibatan langsung dirinya dalam keputusan kes itu,” dakwanya.

Untuk rekod, Ramasamy keluar DAP pada Ogos tahun lalu bagi memimpin Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), sebuah pertubuhan politik berasaskan masyarakat India.

“Kedua-dua keputusan ini lebih daripada cukup untuk mencadangkan bahawa sesetengah individu yang dikaitkan dengan kuasa dan pengaruh mendapat layanan istimewa manakala rakyat biasa walaupun untuk pelanggaran undang-undang yang sedikit dikenakan hukuman berat," dakwa Ramasamy lagi.

Jumaat lalu, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa hukuman penjara Najib akan dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, bermakna bekas perdana menteri itu akan dibebaskan seawal 23 Ogos 2028.

Pun begitu, Ramasamy berkata dia setuju bahawa Anwar mungkin tidak terlibat secara langsung dalam keputusan DNAA kes Zahid dan pengurangan hukuman Najib.

Namun, dia berkata pihak pendakwaan atau peguam negara mungkin telah berunding dengan Anwar mengenai DNAA Zahid dan dalam rayuan Najib, pegawai kerajaan, termasuk peguam negara terlibat dalam Lembaga Pengampunan.

“Peguam negara (Ahmad Terrirudin Mohd Salleh) adalah lantikannya (Anwar).

“Anwar tidak seharusnya menipu orang ramai dengan tindakan kebudak-budakannya yang berdolak-dalih keputusan berkaitan kes rasuah.

“Anwar dengan menjadi perdana menteri menikmati kuasa dan pengaruh yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya meragui keputusan dalam kes berprofil tinggi yang disebut tadi dilakukan tanpa pengetahuannya," dakwa Ramasamy lagi.

[Baca laporan penuh]