Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad, meninggal dunia tengah hari tadi.
Allahyarham Salwani Yusof, 43, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan pada 1.15 tengah hari.
Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan Dr Hafidzah Mustakim mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Salwani meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
"Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali malam ini," kata Adun Kota Lama itu ketika dihubungi hari ini.
Khalid yang juga Pengerusi Amanah Kelantan mendirikan rumah tangga bersama Salwani pada 2022.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai