Skip to main
Logo Malaysiakini

Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak sehingga 13 Feb

Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Sarawak dijangka berlaku sehingga Selasa (13 Feb).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuching, Serian dan Samarahan.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran tahap waspada bagi tempoh sama di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan daerah Kapit iaitu Song dan Bukit Mabong.

- Bernama