KPDN Sarawak sita kapal berisi diesel subsidi lebih RM900,000
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menyita sebuah kapal berisi diesel bersubsidi bernilai RM924,500 di kawasan Laut Barrange, Sungai Sarawak yang cuba diselewengkan, semalam.
Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Baran berkata sitaan itu hasil daripada serahan kes yang dijalankan oleh Pasukan Marin Polis Wilayah 5 pada 10.30 pagi.
"Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,500 telah ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan terbabit dianggarkan RM5 juta.
“Dua lelaki juga turut ditahan, masing-masing seorang rakyat tempatan dan seorang warga Myanmar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dia berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan berjadual dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai