Skip to main
Logo Malaysiakini

Letupan bom di Narathiwat: Dua maut, tiga cedera

Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

GLOBAL | Dua anggota sukarelawan pertahanan maut dan tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom di Chanae, Narathiwat.

Kejadian berlaku pada 3.35 petang (waktu tempatan) pada Ahad ketika lima anggota sukarelawan itu dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.

Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kolonel Direk Chomyong berkata sebaik lima anggota sukarelawan itu tiba di tempat kejadian, bom buatan sendiri seberat 50 kilogram yang dipasang pada tong gas diletupkan dengan menggunakan walkie-talkie.

“Letupan itu menyebabkan lima anggota sukarelawan pertahanan cedera.

"Seorang maut di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra semalam dan seorang lagi meninggal dunia hari ini,” katanya pada satu sidang media di Narathiwat pada Selasa.

Letupan berkenaan turut mengakibatkan lubang sedalam satu meter di atas jalan raya.

- Bernama