Skip to main
Logo Malaysiakini

Amanah umum barisan pengerusi negeri yang baru

Artikel ini sudah 5 bulan diterbitkan

Amanah mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baru bagi memantapkan pentadbiran parti itu.

Setiausaha Agung Amanah Muhammad Faiz Fadzil berkata barisan kepimpinan baru itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan perpaduan.

Menurutnya pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.

“Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Amanah hari ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:

  • Johor: Aminolhuda Hassan

  • Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris

  • Kelantan: Adly Zahari

  • Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat

  • Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman

  • Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly

  • Perak: Datuk Asmuni Awi

  • Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim

  • Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil

  • Sabah: Lahirul Latigu

  • Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili

  • Selangor: Izham Hashim

  • Terengganu: Mohd Hasbie Muda

  • Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad

-Bernama