Hampir 50% muka baru barisi Pemuda Amanah Perak
Hampir 50 peratus muka baharu dilantik bagi membarisi kepimpinan Jawatankuasa Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak bagi sesi 2023-2026, kata Ketua Pemuda Amanah Perak Khairol Najib Hashim.
Mengumumkan perkara itu pada sidang media di Ipoh, beliau berkata barisan kepimpinan baharu itu merangkumi kombinasi muka lama dan baharu, yang diputuskan sebulat suara pada mesyuarat pelantikan jawatankuasa Pemuda Amanah Perak bagi sesi 2023-2026 yang berlangsung hari ini.
“Walaupun tampil dengan ramai muka baharu namun kebanyakan daripada mereka telah pun lama berkhidmat di peringkat kawasan,” katanya.
Katanya proses pelantikan jawatankuasa utama itu adalah bagi memenuhi tuntutan perlembagaan parti menurut Fasal 17.2 (b).
Beliau berkata barisan kepimpinan yang dibentuk turut mengambil kira pelbagai faktor dalam meneruskan kecemerlangan kepimpinan dan hala tuju Pemuda Amanah Perak.
Berikut adalah senarai kepimpinan Pemuda Amanah Perak bagi penggal 2023-2026:
Ketua Pemuda: Khairol Najib Hashim
Timbalan Ketua Pemuda: Ahmad Munzirie Ahmad Kabir
Naib Ketua Pemuda Amanah 1: Ahmad Shafiq Ahmad Ariffin
Naib Ketua Pemuda Amanah 2: Zairol Paizol Zakaria
Naib Ketua Pemuda Amanah 3: Syahrunnaim Salehuddin
Setiausaha: Mohamad Zuhaili Md Zaini
Bendahari: Mohd Shahrir Shazari
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai