25 hari di IJN, Mahathir masih dalam proses pemulihan
Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad masih dalam proses pemulihan setelah 25 hari dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
“Beliau masih lagi dalam proses pemulihan,” menurut kemas kini di media sosialnya sebentar tadi
Media sosialnya turut berkongsi gambar pemimpin berumur hampir seratus tahun itu sedang membaca akhbar dan menulis sesuatu.
Tiada maklumat lain dinyatakan.
Gambar itu dikeluarkan di tengah-tengah khabar angin bekas anggota parlimen Langkawi itu sedang kritikal.
Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lepas akibat masalah jangkitan yang tidak diperincikan, disusuli tempoh berehat untuk pemulihan optimum.
Bekas perdana menteri dua kali dan paling lama berkhidmat itu pernah menjalani pembedahan jantung sebelum ini.
Akibat keadaan kesihatannya, pendengaran kes samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu “Kutty” minggu lepas terpaksa ditangguhkan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai