Skip to main
Logo Malaysiakini

Raja Norway dirawat di hospital Malaysia

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Raja Norway, Raja Harald V kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas jatuh sakit semasa bercuti di Malaysia.

Sumber mengesahkan baginda berada di Wad Diraja hospital berkenaan.

Bernama sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada kedutaan Norway di Kuala Lumpur dan Kementerian Luar Negeri (MOFA) di Oslo mengenai keadaan raja.

Terdahulu, Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan dari pihak Istana Norway pada Selasa bahawa raja berusia 87 tahun itu telah dimasukkan ke hospital di Malaysia kerana mengalami jangkitan.

Menurut kenyataan itu, raja mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway.

Raja Harald V yang sedang dalam lawatan peribadi ke Malaysia dijadual menyambung semula tugas rasminya pada 8 Mac, apabila baginda dijangka bertemu dengan anggota Kabinet di Istana Diraja di Oslo.

Dilahirkan pada 21 Feb 1937, Raja Harald V menaiki takhta Norway pada tahun 1991.  

- Bernama