Skip to main
Logo Malaysiakini

Bancuh susu bayi dengan syabu: Ibu mengaku salah

Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan

Seorang suri rumah berusia 34 tahun mengaku bersalah tanpa sengaja memberikan bayi lelakinya berusia setahun empat bulan susu yang dicampur cecair mengandungi dadah jenis methamphetamine atau biasa disebut 'syabu'.

Tertuduh Nabila Huda Fadli, 34, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Dr Syahliza Warnoh.

Bagaimanapun suaminya yang juga bapa kepada bayi tersebut, Sofian Mustapa Zain, 40, pula mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan yang sama.

Kedua-dua pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.