Skip to main
Logo Malaysiakini

Pembinaan LCS lewat 86 hari - PAC

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) telah ditangguhkan selama 86 hari, maklum Pengerusinya Mas Ermieyati Samsudin.

Jelasnya, perkara itu didedahkan menerusi prosiding tindakan susulan yang diadakan PAC bersama Kementerian Pertahanan pada 24 Jan.

"Kebimbangan utama PAC adalah pembinaan kapal LCS terus lewat dan Mindef memaklumkan setakat Disember 2023, projek ini telah lewat sebanyak 86 hari dengan mencapai 67.28 peratus berbanding Jadual Garis Masa Baru yang telah ditetapkan Mindef iaitu 68.77 peratus," kata Mas Ermieyati pada satu kenyataan hari ini.

"Walaupun perbezaannya adalah 1.49 peratus, ini telah menyebabkan jumlah kelewatan selama 86 hari," jelasnya lagi pada sidang media di lobi parlimen.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu juga mendedahkan bahawa isu reka bentuk terperinci LCS masih belum dimuktamadkan antara Kementerian Pertahanan dan penyelia reka bentuk LCS, Naval Group dari Perancis.

Sementara itu, Mas Ermieyati juga mengumumkan PAC telah memulakan prosiding pada 26 Feb berhubung sistem tol aliran bebas berbilang lorong, di bawah Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia.