Skip to main
Logo Malaysiakini

Raja Norway makin pulih, masih dirawat di Langkawi

Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan

Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membawa pulang Raja Harald V ke Norway dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya www.royalcourt.no pada awal Jumaat (waktu Malaysia), istana itu menyatakan bahawa Baginda yang sedang menjalani rawatan di Langkawi, Malaysia, akan kekal di hospital untuk beberapa hari lagi.

Ia juga menyatakan bahawa baginda menerima perhatian baik di hospital itu dan doktor peribadi baginda juga melaporkan bahawa keadaan kesihatan Baginda semakin baik.

"Matlamatnya adalah agar Baginda dapat pulang ke Norway dengan pesawat dalam tempoh beberapa hari ini.

"Kerajaan Norway sedang memudahcara pengangkutan, dan Angkatan Tentera Norway bertanggungjawab dalam urusan membawa pulang baginda ke Norway," kata kenyataan itu.

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi selepas jatuh sakit semasa bercuti di Malaysia.

- Bernama