Skip to main
Logo Malaysiakini

Fahmi: Telegram sedia kerjasama perkemas kawal selia platform

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Pihak Telegram telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memperkemas aspek kawal selia platform berkenaan terutama dalam membanteras aktiviti scam dan judi dalam talian, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata perkara tersebut disampaikan pengasas yang juga CEO Telegram Pavel Durov, dalam pertemuan empat mata di Dubai pada Sabtu, bagi membincangkan isu berbangkit melibatkan platform media sosial itu yang mempunyai kira-kira 15 juta penguna di Malaysia.

Fahmi berkata selain isu kawal selia platform berkenaan, perbincangan yang berlangsung dalam suasana positif itu turut memberi fokus berkaitan teknologi baharu serta kecerdasan buatan (AI).

“Pavel turut menyatakan minat untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai beberapa peluang kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

“Sehubungan itu, saya juga telah menjemputnya untuk berkunjung sendiri ke Malaysia bagi meneruskan perbincangan dengan beberapa pihak terlibat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri pertemuan itu.

Dalam pada itu Fahmi berkata Pavel juga telah menyatakan komitmennya yang bersedia untuk melebarkan sayap operasi ke Malaysia pada masa akan datang.

-Bernama