Skip to main
Logo Malaysiakini

Bekas pembantu Loke sertai Bersatu

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Dahlan Maamor, yang berkhidmat sebagai setiausaha politik Loke dari 2018 hingga 2020 telah menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada setiausaha agung parti Hamzah Zainudin menurut hantaran di Facebook hari ini.

Hamzah berkata Dahlan telah menghubunginya minggu lalu untuk menyatakan hasrat menyertai parti itu.

Berdasrakan catatan sebelum ini di media sosialnya, Dahlan pernah menjadi ahli Umno.

Sebelum berkhidmat dengan Loke, dia merupakan penyampai televisyen Bernama TV.

Pada 2016, Dahlan digantung selama seminggu daripada stesen TV selepas berkongsi hantaran Facebook yang mengkritik perdana menteri ketika itu Najib Razak.

Tidak lama selepas penggantungannya, dia telah diketepikan daripada mengacarakan episod rancangan bual bicara yang sepatutnya membincangkan Permata.

Permata, program pendidikan kanak-kanak merupakan cetusan idea isteri Najib, Rosmah Mansor.