Ramadan: Penjawat awam Pahang kerja hingga 12.30 tengah hari setiap Jumaat
Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata penetapan waktu bekerja itu adalah selaras dengan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Penetapan ini turut melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Wan Rosdy menzahirkan ucapan menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan rakyat baginda.
“Patik pacal-pacal Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga Pahang demi kemakmuran bersama,” katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai