Skip to main
Logo Malaysiakini

Lebih banyak kaunter Padu dibuka menjelang tarikh akhir pendaftaran

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Lebih banyak kaunter di seluruh negara dibuka minggu ini untuk membolehkan orang ramai mendaftarkan diri di Hab Pangkalan Data Pusat (Padu) sebelum tarikh akhir pada 31 Mac.

Walaupun kaedah utama pendaftaran adalah melalui laman web Padu, kerajaan telah membuka kaunter untuk membantu mereka yang tidak dapat melengkapkan pendaftaran dalam talian.

Menurut laman web Padu, semua kaunter di 18 Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara kecuali satu dibuka hari ini dan esok, manakala separuh daripadanya dibuka setiap hari minggu ini.

Ini adalah peningkatan ketara berbanding minggu lepas apabila kebanyakannya ditandakan sebagai "tidak dibuka" di laman web Padu.

Begitu juga, dengan lebih 150 kaunter ‘hotspot’ di seluruh negara dibuka hari ini dan beberapa hari lain dalam minggu ini, berbanding minggu lalu apabila sebahagian besarnya disenaraikan sebagai "tidak dibuka".

Sebagai contoh, minggu lalu, tiada kaunter Kuala Lumpur disenaraikan sebagai dibuka minggu lalu di laman web Padu, bercanggah dengan maklumat yang disiarkan di Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan, yang mengiklankan kaunter dibuka di Bandar Tun Razak.

Walau bagaimanapun, keadaan bertambah baik, dengan laman web kini menyenaraikan 15 kaunter hotspot dibuka sekurang-kurangnya sekali minggu ini.

Ini termasuk kaunter Kompleks Pakar dan Rawatan Harian (SCACC) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kaunter PPR Beringin yang dibuka Isnin hingga Jumaat minggu ini dan kaunter Masjid Jamek Kuala Lumpur yang dibuka pada Sabtu ini.

Sebahagian besar daripada 208 kaunter Pusat Ekonomi Digital (Pedi) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) di seluruh negara turut disenaraikan akan dibuka sekurang-kurangnya sekali minggu ini.

Matlamat Padu adalah untuk memastikan pangkalan data berpusat bagi memastikan subsidi diagihkan dengan lebih baik, dengan mengambil kira bukan sahaja gaji dibawa pulang tetapi juga tanggungjawab kewangan individu atau isi rumah.

Menurut kerajaan, mereka yang ingin menerima bantuan kebajikan dan subsidi mesti memastikan butiran mereka dikemas kini di Padu.

Setakat semalam, 18.5 peratus atau 5.43 juta daripada 30.08 juta individu yang sepatutnya mendaftarkan butiran mereka di Padu sudah berbuat demikian.

Ini termasuk kanak-kanak yang ibu bapa atau penjaga yang sepatutnya mendaftarkan butiran tersebut bagi pihak mereka.

On Thursday night, that number stood at about 16 percent or 4.83 million people.

Pada malam Khamis lalu, jumlah adalah kira-kira 16 peratus atau 4.83 juta orang.