Polis JB kesan suspek buang bayi di tangga
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, di Johor Bahru pada 11 Mac lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata bayi cukup sifat tersebut ditemukan oleh orang awam pada jam 8.30 pagi.
“Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan suspek utama yang membuang bayi tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Beliau berkata bayi tersebut ditempatkan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini dari 11 Mac sehingga semalam dan telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk penjagaan sah.
Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, sekali gus memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di talian 07-2182323, atau Pegawai Penyiasat Nur Adila Zainuddin 019-4039257.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai