Skip to main
Logo Malaysiakini

Lelaki selamat selepas terjun Jambatan Pulau Melaka

Artikel ini sudah 4 bulan diterbitkan

Seorang lelaki berusia 49 tahun berjaya diselamatkan selepas bertindak terjun dari Jambatan Pulau Melaka, di Kota Bharu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 9.34 malam.

Katanya bertindak atas aduan pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pihak polis dan bomba digerakkan untuk mencari mangsa.

“Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Balai Polis Binjai untuk siasatan lanjut.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius dan dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu beberapa video dan gambar dimuat naik pengguna media sosial berkait kejadian berkenaan.

Sementara itu Mohd Rosdi mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi berhubung dengan kejadian itu demi menghormati privasi keluarga mangsa.