Na'im jalani pembedahan buang kelenjar ada batu karang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang hari ini.
Mohd Na'im menerusi hantaran di Facebook dan Twitter memaklumkan prosedur itu dijadualkan pada 8 pagi ini.
"Doktor telah buat keputusan supaya salah satu kelenjar air liur dibuang bagi mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini," katanya dan turut memohon doa agar pembedahan itu berjalan lancar selain kesembuhan buatnya.
Dalam pada itu, Mohd Na'im menyeru masyarakat Islam supaya menggandakan amal ibadah sempena Nuzul al-Quran hari ini.
"Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyak sumbangan khususnya kepada saudara kita berada di Palestin.
"Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel," katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai