Skip to main
Logo Malaysiakini

Singapura tahan 289 orang disyaki terlibat penipuan

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Polis Singapura telah menahan 289 suspek berusia antara 16 hingga 73 tahun kerana disyaki menipu dalam operasi dari 15 hingga 28 Mac, menurut laporan terkini polis.

Mereka yang ditahan disyaki terlibat dalam 1,400 kes termasuk dalam penipuan pelaburan, e-dagang dan pekerjaan, menyamar sebagai pegawai kerajaan dan pancing data, lapor Xinhua.

Polis berkata mangsa penipuan kerugian 9 juta dolar Singapura (AS$6.68 juta).

Suspek disiasat kerana menipu, melakukan pengubahan wang haram atau menyediakan khidmat pembayaran tanpa lesen.

-Bernama