Skip to main
Logo Malaysiakini

S'gor akan kaji semula kaedah tangkap, lupus anjing liar

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Kerajaan negeri Selangor akan mengkaji semula pendekatan menangkap dan membunuh anjing liar, susulan teguran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, semalam.

Exco kerajaan tempatan Ng Suee Lim turut menyambut baik teguran Tengku Permaisuri Norashikin agar pendekatan yang lebih berperikemanusiaan dalam menguruskan anjing-anjing terbiar.

Ng Suee Lim

“Kerajaan Selangor akan mengkaji semula pendekatan tangkap dan bunuh yang digunakan sekarang yang menimbulkan kontroversi.

"Cadangan Duli Yang Teramat Mulia supaya memperluaskan penggunaan pemandulan (neuter) dan mewujudkan rumah perlindungan haiwan terbiar bagi setiap taman perumahan sangat baik,” kata Ng kepada Malaysiakini.

Akhir bulan lalu, adalah dilaporkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merancang mengadakan operasi selama tiga hari untuk menangkap 500 anjing liar sekitar Setia Alam.

Ini termasuk merekrut sukarelawan yang akan dibayar RM30 untuk setiap anjing yang ditangkap.

Notis yang diedarkan di media sosial juga menyatakan bahawa anjing-anjing itu akan dilupuskan.

Dalam kenyataan susulan pada 30 Mac susulan bidasan pelbagai pihak, MBSA berkata anjing-anjing itu akan dijaga dan diberi makan semasa di bawah perlindungan mereka sebelum diserahkan kepada Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS untuk tindakan lanjut.

Menurut MBSA, pihaknya juga telah bertindak ke atas lebih 400 aduan gangguan yang disebabkan oleh anjing liar antara Januari dan 19 Mac tahun ini.

[Baca berita penuh]