FOTO ESEI: 'Syukur ada baju raya baru'
FOTO ESEI | Sepasang baju raya baru cukup membahagiakan buat golongan yang memerlukan dalam menanti ketibaan 1 Syawal.
"Syukur semua ada baju raya," luah ibu tunggal yang mahu disapa sebagai Hidayat ketika menerima sumbangan program Santuni Kasih Ramadhan anjuran Food For Gelandangan (FFG) bersama rakan NGO lain.
Katanya, pemberian baju dan duit raya itu sedikit sebanyak memberi cahaya kegembiraan kepada lapan anaknya untuk menyambut Aidilfitri.
“Alhamdulillah, syukur bagi orang yang tidak berkemampuan macam saya yang ada lapan anak. Malam ini semua dapat baju untuk raya,” kata Hidayat, 35, ketika ditemui Malaysiakini.
Pengasas FFG Azizan Zainal Abidin berkata sebanyak 170 keluarga miskin kota dan 144 anak-anak miskin yang menetap di Jalan Belia Kuala Lumpur menerima baju terpakai dan duit raya dalam program tersebut.
“Dengan sumbangan baju dan duit raya ini, kami harap dapat mengembalikan keceriaan bagi golongan miskin bandar dalam bulan ramadhan,” kata Azizan.
Menurut Azizan pemberian baju terpakai yang diberikan merupakan sumbangan program Game Santai Sahur (GSS) yang menerima 700 helai baju dan duit raya daripada kalangan pemain bola veteran.
Selain itu sumbangan kasut, songkok, telekung, permainan kanak-kanak turut diterima melalui program tersebut.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai